Cantek

Tuesday, July 26, 2011

Marah


Marah,
Perasaan yang kekadang tidak dapat dikawal,
Yang mampu mencederakan dan membunuh yang tidak bersalah,
Perlu dikawal, ditenang, difikirkan secara rasional.

Bagi orang pendiam perasaan marah ialah kelemahan diri,
Apabila perasaan gila itu menguasai diri,
Dia bukan dirinya lagi,
Dia bukan insan yang pernah anda dikenali.

Mengikut nafsu amarah yang menguasai tangan digerakkan,
Dilempar, diterajang, disiram tanpa belas kasihan,
Dilakukan semua itu tanpa rasa segan,
Kerana Setan sudah dalam gengaman.


Namun setelah padam api bahana,
Baru kau tersedar dan terpana,
Terpegun terdiam melihat semua apa yang nyata,
Kerana marah mereka menderita.


Jauh disudut hati ingin merubah diri,
Menjadi insan yang lebih berIQ tinggi,
Tidak mudah biarkan nafsu menguasai,
Yang akhirnyya memakan diri.

Insan berdosa harap dapat diampuni,
Dari hujung rambut ke hujung kaki,
Mungkin buat sekarang dosanya belum diadili,
Dosa-dosa sebegini akan tertera diakhirat nanti.

Nukilan: ambun2011




P/S: Sometimes it is hard to control, yet you need to learn how to handle it with care.

No comments:

Post a Comment