Cantek

Sunday, August 14, 2011

Inek Enju

Hari nie aku n family g jenguk nenek n datuk kat bintangor. Kira lama jugak la sik pegi nangga sidak duak. Rindu rasa. Time makan tghari td banyak cerita nenek n datuk aku share. This one of it.

 Dekat umah panjang aku tu ada seorang nenek tua. Kira selang sepintu dari bilik mekorang. Aku panggil dia Inek Enju umurnya 90++ tahun. Sangat tua. Suaminya sudah meninggal lama. So dia tggl sorang kat bilik tersebut. Dia ada beberapa orang anak yang tinggal di bilik sebelah. Dia ada anak 1 perempuan and 2 lelaki. Time aku kecik2 dulu, aku n kakak dan budak2 sama rumah panjang aku dulu selalu lepak duduk ngan Inek Enju. Kami akan berkumpul di Ruai setiap petang/malam untuk dengar cerita IBAN dari mulut nya. Dia cukup pandai bercerita dan konteks ceritanya cukup bersesuaian dengan budak2 kecil. Sebab dulu aku n akak aku never missed a chance untuk dgr dia bercerita.

She sitting at the door ..alone
Seingat saya time budak2, Inek Enju cukup baik orangnya. Dia suka menolong orang, cukup mesra dengan budak2 dan agak rapat dengan nenek dan datuk saya. Kata nenek saya, Inek Enju dahulu keluarga SANGAT KAYA. Kaya di bermaksud kira orang berada dan ternama dikampung aku.. Mempunyai tanah lebih 100 ekar, tanaman lada, koko, getah dan buah-buahan. Barang kemas yang dipakai cukup cantek dan menawan. Dia ada 5-6 pembantu peribadi untuk menanam semua tanaman.

Namun itu semua lenyap kerana kerakusan anak-anak nya sendiri. Setelah kematian suaminya, anak-anak nya mula meyikis harta tersebut dengan rakus nya. SANGAT!! Tanah habis dijual, *yang aku tak tahan semua dijual dengan harga murah!!* Sedikit demi sedikit harta nya hilang. Tanaman dijual kepada anggota orang panjang. Anaknya memaksa dia menjual tanah pusaka. Pernah sekali datuk saya masuk campur dalam urusan jual beli tanah ini, tetapi tidak dapat jugak membantu sepenuhnya.Hampir saja datuk saya bergaduh dengan mereka sekeluarga.

Nenek saya cerita lagi yang Inek Enju nie penah menyuruh dia menyimpan buku akaun takut nanti anaknya meminta dan menghabiskan duit dalam akaun simpananya. Tambah nenek lagi, dalam akaun simpan beliau jumlahnya melebihi ratusan ribu. Tetapi anaknya yang rakus itu bertekad mengambil buku akaun tersebut darinya, dan nenek saya tidak dapat berbuat apa2 lagi. Habis semua kemewahan Inek Enju disapu oleh anak nya sendiri. 

Kini Inek Enju sudah berumur dan penyakit nyanyuk nya bertambah teruk. Saya lihat sendiri perubahan mendadak hinggakan saya menitiskan air mata melihat Inek Enju menjadi semakin kurus. Dia selalunya tinggal bersendirian, kadang-kadang ditemani cucunya. Cucunya hanya seorang dan tdo bersamanya pada waktu malam. Datuk saya sendiri ingin menolong Inek Enju, memberinya baju, makan n minum tetapi ditepis dan dibantah KERAS oleh anak Inek enju. Mereka kata mereka mampu menjaga Inek Enju dengan baik. *hello dia makin kurus dan tak pakai baju ko cakap jaga dengan baik tsk tsk tsk @_@

She sitting at *Tanju* balcony of rumah panjai
 Cerita datuk saya nie agak seram. Begini kisahnya, malam semalam datuk i tdo kat ruang tamu (umah pjg). Tetiba malam itu dia dgr bunyi orang pukul pintu dan menangis. Mula2 datuk tak kisahh sape, tetapi makin lama makin kuat bunyinya. Lama-kelamaan bunyi tersebut senyap dan hilang. So pagi tu datuk i g la tanya sapa yang nangis malam td. Dia tanye kat anak Inek Enju: Kenape dengan Inek semalam? Anak dia jawab: Ala dia nak keluar dari bilik dia. Inek Enju cakap:
Kawan-kawan lama dia panggil. Pak Itam, Aki ** dan lain2. Semua yang dah lama meninggal panggil dia. Sebab itu dia pukul pintu dan menangis lalu nak bukak pintu dan keluar. Mana dia nak keluar tengah2 malam buta tu? Bukan main lagi dia menangis dan kata kawan dia panggil, suruh dia keluar bilik. Saya kunci pintu supaya dia tak bole keluar.

Seriously time datuk saya cerita pasal nie meremang bulu roma saya. Nampaknya Inek Enju sudah dapat lihat SEBAYAN*orang yang dah mati*. Kepercayaan orang Iban : Kalau melihat orang-orang yang telah meninggal memanggil kita, tidak lama lagi ajal nya akan tiba. Rohnya tiada lagi di dunia ini. Sebayan*orang dah mati* sudah mula memanggilnya... *ini yang diberitahu datuk saya*

Sungguh kasihan saya melihat keadaan Inek Enju sebegitu. Apakan daya saya hendak menolong. Hanya doa yang mampu ku berikan. Moga dia mendapat rahmat dan ketenangan di akhirat kelak.

P/S: Sedeh betol saya hari nie..i can't hold my tears.. hemmm

4 comments:

  1. isk..horror..anak2 yg xpndei bdikari, durhaka bah cdak..
    kita doakan yg terbaek utk nya n moga anak2 n cucu2 nya berubah mnjadi org yg lbh bait, mlayan ibu/nenek cdak bait2 b4 nya g buat slamanya..
    *sob sob..

    ReplyDelete
  2. anak2 nya sedang terima akibat kinek.. Semua xda keja bagus.. KARMA i guess.. sedeh aty nangga nya gia.. nya dah sik kenal agik da..dolok mun balit umah panjang selalu juak nya sapa..tanya kabar.. moga nya tenang diakhirat kelak..

    ReplyDelete
  3. otedah inek enju... aki aku suba parai laban d gaga org. anak sdara ia ngaga ia laban ka ngerebut title tuai rumah. enti udah jaik bakanya sapa ka nominate ia jadi tuai rumah kan? 9 bomoh kenak ia munuh aki aku. sadis mai keturunan sidak

    ReplyDelete
  4. apu..iyala susah idup kat umah pjg...enda tauk lebih ari org lain.. semua ka dengki.. stress betol.. siap bomoh2 agik.. nyak la sidak enda maju..semua keja mesti ada jak yg jaik aty.. hemm

    ReplyDelete